M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 tidak meminggirkan kepentingan jaringan keselamatan sosial untuk golongan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ini kerana Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi Perlindungan Bencana Kerja telah diperluaskan lagi kepada sektor pelbagai pekerjaan.

“Dalam Belanjawan 2021, skim ini akan meliputi Anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Maritim Malaysia.

“Turut menerima manfaat adalah guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan merbut.

“Selain itu, pekerja sektor awam berstatus kontrak dalam perkhidmatan dan serama 40,000 penghantar makanan turut dilindungi,” katanya pada sidang media Belanjawan 2021 yang diterima kementeriannya di sini.

Mengulas lanjut, Saravanan memberitahu, menerusi Sistem Insurans Pekerjaan, Tempoh Elaun Mencari Pekerjaan akan dilanjutkan selama tiga bulan dan kadar menuntut daripada 80 peratus gaji untuk bulan pertama, 50 peratus bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30 peratus bagi tiga bulan terakhir.

“Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak RM150 juta akan disediakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast