Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) melintasi pita keselamatan bagi membawa keluar warga asing menaiki bas dan van untuk dibawa ke pusat kuarantin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kawasan tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,208 kes positif Covid-19 baharu direkodkan hari ini, dengan Kuala Lumpur mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 469.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Kluster Tapak Bina Damanlela di KL merupakan antara penyumbang tertinggi bilangan kes pada hari ini iaitu 460 kes.

“Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 381 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 661 kes (54.7 peratus) positif pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 594 kes adalah daripada kluster-kluster (89.9 peratus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selangor mencatatkan 185 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (48), Perak (21), Pulau Pinang (42),Labuan (30 kes), Johor (9), Kedah (8), Sarawak (4), Melaka (2), Kelantan, Putajaya dan Perlis masing-masing satu kes.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham turut bilangan kes sembuh sebanyak 1,013 kes dan tiga kes kematian hari ini.

“Sehingga kini terdapat 104 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan,” tambah beliau.

Selain itu, terdapat pertambahan tiga kluster baharu yang dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Kluster Plaza dan Kluster Jalan Kalabakan di Sabah selain Kluster Jeri di Kota Tinggi, Mersing dan Muar di Johor.

Kluster bah Arnab pula diumum tamat hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast