Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi, Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian (kanan) hadir untuk melihat keadaan air yang tercemar di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Dua, Bestari Jaya, Kuala Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Alam Sekitar dan Air sasar bina dua Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) khas di Sungai Semenyih dan Sungai Selangor.

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, TAPS bertujuan mengurangkan kesan gangguan bekalan air sekiranya berlaku pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA).

Ujarnya, TAPS akan dibina di dua lokasi iaitu Putrajaya dan Rasau.

“Khas di Sg Semenyih dan Sg Selangor, KASA sasar untuk membina dua (2) Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi memitigasi (mengurangkan) gangguan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran iaitu TAPS Putrajaya dan TAPS Rasau sebagai sumber air alternatif,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim berkata, cadangan membina dua TAPS itu dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) menerusi  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebagai sumber air alternatif bagi meminimumkan risiko gangguan bekalan air dan mekanisme kawalan banjir.

Sejak beberapa bulan ini, penduduk Lembah Klang beberapa berhadapan dengan gangguan bekalan air yang berpunca daripada pencemaran air di LRA. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.