Mustaqim Bahadon.

KUALA LUMPUR – Pelakon baharu, Mustaqim Bahadon berkongsi pengalaman beliau didenda sebanyak RM1,000 gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Menerusi Instagram miliknya, dia memberitahu insiden itu berlaku di depan kedainya ketika dia membuka pelitup itu sekejap untuk menghisap rokok.

“Hangpa semua janganlah tanggalkan mask (pelitup muka) walaupun sekejap. Saya baru kena kelmarin depan kedai saya.

“Dua langkah je depan kedai saya dok berasap. Terkono RM1k. Tapi tulah macam mana nak berasap kalau pakai mask kan,” kongsinya di Instagram.

Pemakaian pelitup muka diwajibkan pada 1 Ogos lalu di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat dengan melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) semakin berkurangan. – MalaysiaGazette