Luis Suarez

MONTEVIDEO – Penyerang Uruguay, Luis Suarez didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

Akibat daripada perkara itu Suarez akan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia menentang Brazil, pagi esok.

“Ujian dijalankan ke atas semua pemain dalam pasukan kebangsaan. Keputusan ujian menyaksikan pemain, Suarez dan Rodrigo Munoz termasuk pegawai, Matias Faral didapati positif Covid-19.

“Bagaimanapun, ketiga-ketiganya dalam keadaan baik,” kata Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Sabtu lalu, tonggak pertahanan Uruguay, Matias Vina turut diuji positif Covid-19 selepas pasukan itu mencatat kemenangan 3-0 ke atas Colombia di Barranquilla.

Uruguay akan melayan kunjungan Brazil di Montevideo, pagi esok. – MalaysiaGazette