Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas sekali lagi selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mengesan pencemaran seakan bahan pelarut di dalam Sungai Selangor, hari ini.

Menurut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), pencemaran bau itu dikesan itu dengan bacaan 1 TON pada muka sauk LRA Rantau Panjang.

“LUAS telah menerima laporan daripada pihak Air Selangor berkenaan pencemaran bau seakan solvent dengan bacaan 1 ton di muka sauk LRA Rantau Panjang pada jam 7 malam tadi.

“Berikutan itu, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.10 malam.

“LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera,” katanya LUAS dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, malam ini. – MalaysiaGazette