KUALA LUMPUR – Zulkifly Md Said telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)

Pelantikan tersebut menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 11 November lalu.

Zulkifly telah berkhidmat di Tourism Malaysia sejak 1 Julai 1988.

Beliau, sebelum ini memegang jawatan Pengarah Kanan (Pengurusan) dan pada masa yang sama, menjalankan tugas
sebagai Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia sejak 20 Mac 2019.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (Islamic Tourism Centre – ITC) selama 5 tahun.-MalaysiaGazette