Lewis Hamilton

LONDON – Pelumba superstar Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dinamakan sebagai individu kulit hitam paling berpengaruh di United Kingdom baru-baru ini.

Gelaran itu hadir selepas kejayaan luar biasa pelumba pasukan Mercedez itu dengan menjulang gelaran juara dunia F1 buat kali ketujuh Ahad lalu.

Pencapaian pelumba kelahiran Britain itu menyamai rekod yang dicatatkan oleh legenda F1 dari Jerman, Michel Schumacher dan mendahului senarai Powerlist 2021 yang dikeluarkan di Britain.

Senarai itu menghargai individu paling berkuasa dari Afrika, African Carribean dan African American yang bermastautin di UK.

Bagi tahun ini, fokus khas diberikan kepada dua tema terbesar 2020 iaitu Koronavirus dan ketidakadilan unsur perkauman.

Panel bebas kehakiman menilai seseorang individu yang mempunyai keupayaan mengubah kehidupan sebelum mengangkat Hamilton mendahului carta tersebut. – MalaysiaGazette