Willian dikehendaki menunjukkan keputusan negatif Covid-19 untuk kembali ke London.

LONDON – Arsenal telah memulakan siasatan ke atas pemainnya Willian yang telah bercuti ke Dubai semasa tugas antarabangsa.

Kini perancang tengah the Gunners itu diwajibkan untuk menyediakan ujian saringan negatif Covid-19 sebelum dibenarkan kembali ke sesi latihan kelab itu.

Bintang berusia 32 tahun itu tidak tersenarai dalam skuad Brazil tetapi telah bercuti ke Dubai walaupun kawalan pergerakan di United Kingdom menyekat mana-mana individu daripada meneruskan penerbangan ‘tidak penting’ ke luar negara.

Syarat semasa memperuntukkan bahawa mana mana orang yang pulang dri Emiriyah Arab Bersatu selepas 14 November ini tidak diwajibkan kuarantin diri.

Kini Willian tidak boleh kembali ke UK sehingga dia menunjukkan ujian negatif Covid-19 sementara Arsenal sedang berusaha untuk menyediakan fakta penuh berkaitan keputusan Willian bercuti ke luar negara.

Semasa bercuti, Willian dilaporkan telah melawat Nusr-Et steakhouse apabila bergambar dengan pemiliknya ‘Salt Bae’.

Willian sehingga kini gagal mempamerkan aksi memuaskan bersama Arsenal.- MalaysiaGazette