Pep Guardiola menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Manchester City untuk kekal sehingga 2021-2022

LONDON – Pep Guardiola menyambung kontrak dengan Manchester City selama selama dua tahun lagi dan akan kekal di Etihad sehingga musim 2021-2022.

Pengurus kelab itu berkata, dia telah memiliki segala yang diperlukannya dan kini apa diidamkan ialah kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Namun pada saat sedih saya dapat lihat betapa penyokong tegar kelab ini mendampingi saya pada masa sukar.

“Khaldoon iaitu pengerusi kelab kita, dialah sebab utama saya membuat ketetapan untuk menyambung kontrak bersama kelab ini,” katanya.

Menurut Guardiola, dia masih mempunyai misi yang perlu dilaksanakan  dan berazam untuk merampas kembali gelaran juara liga daripada Liverpool selain melepasi peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. – MalaysiaGazette