Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Turut berangkat ke majlis tersebut, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Majlis perasmian membabitkan projek sejauh empat kilometer itu buat julung kalinya diadakan secara maya.

Ia turut disaksikan tetamu kehormat lain di beberapa lokasi berbeza.

Hadir sama pada majlis berkenaan antaranya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim.

Ia disusuli dengan Majlis Pecah Tanah yang diadakan di Tapak Bakal Bangunan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di Bukit Chagar, Johor Bahru.

Memulakan majlis berkenaan Mohd Zarif ketika berucap berkata, projek RTS dijangka mengubah landskap pembangunan Johor, selain merancakkan kegiatan ekonomi di negeri itu.

Katanya, projek yang dijadual beroperasi sepenuhnya pada penghujung 2026 itu akan mengukuhkan status Johor sebagai sebuah pusat tumpuan modal insan terbaik di serantau.

“Adalah penting untuk projek RTS dilakukan mengikut jadual dan piawaian antarabangsa demi memenuhi aspirasi pembangunan bandar raya Johor Bahru.

“Sultan Ibrahim turut berkenan untuk mengadakan satu pertandingan mereka bentuk luaran stesen RTS yang mencerminkan ciri-ciri negeri Johor dan mengembalikan nostalgia kereta api Melayu yang bermula di negeri ini,” katanya.

Pembinaan RTS Link fasa satu dijangka bermula pada Januari 2021 selama empat tahun membabitkan pembangunan dan struktur sivil.

Projek yang menelan kos RM3.7 bilion itu dijangka mampu menampung 10,000 penumpang bagi setiap perjalanan dengan maksimum 288,000 penumpang sehari.

Projek tersebut turut melibatkan pembinaan dua CIQ masing-masing di Bukit Chagar dan Woodlands di Singapura. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.