Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR – Satu surat tersebar di media sosial yang mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada 26 November ini.

Surat Ahli Parlimen Gua Musang dan veteran UMNO itu ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dalam surat tersebut, Tengku Razaleigh atau Ku Li menyatakan dirinya tidak akan mengambil bahagian dalm sesi perbahasan yang sedang diadakan di Parlimen.

“Memandangkan kerajaan sekarang masih belum disahkan melalui sidang Dewan Rakyat, saya terikat dengan sumpah (ahli Parlimen) yang dilafazkan sebelum ini maka saya tidak boleh mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan,” memetik kenyataan di surat berkenaan.

Bagaimanapun tidak ada pengesahan berkenaan surat itu dari Ku Li mahu pun Azizan Harun setakat ini.- MalaysiaGazette

 

5 Komen

  1. Jadi ahli parlimen Gua Musang sudah lama tetapi kemiskinan kat sana masih tiada perubahan sehingga tular rakyat yg terpaksa catuan makanan dan mencari pucuk paku.
    Apakah beliau tidak nampak atau pegawai khas dok kecek molek somo

  2. Kamala,

    Agak-agaknya brp juta org miskin di Gua Musang ya berbanding Lembah Pantai, Port Dickson, Gelang Patah/Ipoh Timur, Kota Raja/Kuala Kedah?

  3. Nak tahu berapa ramai kemiskinan di Gua Musang tanpa dengan MP beliau..
    Kalau dia tidak mahu bahas bermakna tidak perlu tawar diri untuk pru15 .Semasa wabak covid19 ini bukan rakyat marhen saja terlalu terkesan tetapi ada juga setengah kayangan kena sikit cuma berbeza mereka boleh bertahan lebih setahun.

  4. Ku Li minta Najib dengan Zahid undur diri , bagaimana beliau pun patut undur juga sebab tiada perubahan dalam politik jika orang sama juga sedangkan umur sudah berabad-abad dan masih juga kat situ sehingga tiada ruang atau peluang kepada golongan muda .Orang Gua Musang masih ramai yang berbakat dalam kepimpinan politik yang perlu diberi peluang.Harap orang di Gua Musang melihat kepada sinar baru kerana sekarang zaman teknologi IT ,pelbagai cabaran yang perlu ada.
    Veteran sepatutnya menjadi penasihat serta turunkan ilmu baik dunia mahupun akhirat kepada generasi sekarang kerana ilmu politik pelbagai tipu daya serta lakonan dalam persembahan kepada audien.

Comments are closed.