Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menjelaskan pembelian kereta Honda Accord bukan untuk kegunaaan Exco kerajaan tapi sebaliknnya untuk kegunaan ketua-ketua jabatan di bawah kerajaan negeri.

Beliau berkata peruntukan pembelian kenderaan baharu itu diluluskan oleh pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Pembelian kenderaan ini bukan untuk Exco, tapi untuk jabatan-jabatan.

“Pembelian kenderaan kepada jabatan-jabatan ini diluluskan dalam Bajet 2020, bukan Bajet 2021. Ia dibentangkan oleh Menteri Besar yang terdahalu sebelum saya,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

Semalam, MalaysiaGazette mendedahkan dedetan kereta berjenama Honda berwarna hitam dipercayai untuk kegunaan kerajaan negeri itu.

Ia dipaparkan oleh pengguna media sosial di Facdebook yang mengakui kenderaan itu adalah untuk kegunaan Exco kerajaan negeri Kedah.

“Cepat-cepat pilih nak yang mana? Cepat lah berderet-deret,” kata seorang lelaki yang mengambil video berkenaan.

“(Kereta) Exco ke ini?” soal rakannya.

“Hmmm (mengaku ini adalah kereta Exco),” jawab lelaki berkenaan dalam video berdurasi 13 saat itu.

Muhammad Sanusi berkata ada kenderaan rasmi jabatan-jabatan di bawah kerajan negeri telah lama digunakan dan ada yang telah dibeli oleh pengarah-pengarah jabatan tertentu.

Justeru itu, jabatan-jabatan itu terpaksa membeli kenderaan baru bagi digunakan oleh pengarah jabatan masing-masing.

“Ada kenderaan yang dibeli oleh pegawai yang telah pencen kerana mereka berkelayakan untuk membeli kenderaan yang mereka pakai, dua kenderaan yang telah dibeli oleh pegawai terdahulu iaitu pengarah tanah dan galian dan pengarah hal ehwal agama Islam.

“Bila pegawai itu beli, jadi jabatan tidak ada kereta dan kena beli ganti,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi juga berkata kenderaan rasmi yang digunakan oleh pengarah-pengarah jabatan telah terlalu lama dan memperuntukkan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.

Malah katanya, kos penyelenggaraan itu terlalu tinggi melebihi pembelian kenderaan baharu.

“Kos penyelenggaraan sudah melebihi 100 peratus harga kereta. Kos penyelenggaraan lebih kepada harga beli.

“Yang telah dilupuskan adalah Pegawai Daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Pokok Sena, jadi mereka ini tidak ada kenderaan rasmi.

“Jabatan lain mempunyai kenderaan yang sudah berusia lebih 10 tahun, dan kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak ekonomi dan tidak dapat digunakan bagi perjalanan jauh iaitu Pengarah Jabatan Pertanian, Perhutanan, Kemasyarakatan Negeri Kedah,” katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa pembelian kenderaan itu tertangguh selama ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

“Pembelian berlaku pada bulan ini, kebetulan ketika ini saya jadi MB,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata pembelian itu melibatkan 12 unit Honda Accord, 11 unit Toyota Hilux oleh kerajaan negeri Kedah.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan harga sesebuah kenderaan yang dibeli. – MalaysiaGazette

Deretan kereta baharu untuk Exco Kedah?

3 Komen

  1. Yang tidak usul periksa buat berita dan komen2 FITNAH semalam….Hangpa pergilah minta maaf…lain kali selidik dulu bukan cepat cari isu publisiti murahan

  2. Yang buat bidio tu patut d tahan dan siasat dulu..
    Tapi nak juga tanya,rakyat ada yang guna keta sampai 15 tahun,lenjan macam2,tapi tetap maintain saja keta..kita ni terlalu mewah,nak nampak gah n cantik sentiasa,sedangkan kereta boleh aja guna setakat 10 tawon tu.bukan eksiden ataw apa pon,paling2 pon body antar cat aja law kusam sikit,tapi tak mungkin la,drebar polish selalu tak kan nak kusam.
    Kes2 kereta macam kegunaan exco apa semua ni apa yg rosak sangat sampai 10 tahun dah tak boleh guna?ataw sebab kontrak yg tender repair servis tu cas terlalu tinggi,biasalah claim,harga asa RM2 bleh jadi RM54..
    Cerita ni sama saja macam tender spanco dulu untuk atm.
    Aku cakap ini bukan pada kedah,tapi umum…

  3. Budget 2020 dibuat semasa tiada covid19,apa salahnya budget ini dipinda utk digunakan bagi rakyat miskin semasa Covid19 ini.Pembelian kereta ini boleh ditangguh buat budget baru bila Covid19 dan dah tak ada.Nampak sangat kerajaan ini ambil kesempatan selagi ada kuasa
    .

Comments are closed.