Bedilan peluru berpandu Israel kelihatan dari Damsyik. foto Agensi

DAMSYIK – Peluru berpandu Israel membedil lokasi tentera di kawasan selatan ibu kota Damsyik malam Selasa, mengakibatkan kerosakan.

Serangan peluru itu sebelum tengah malam dilancarkan dari Dataran Tinggi Golan yang dijajah Israel, kata agensi berita SANA.

Sasaran peluru berpandu itu belum didedahkan lagi.

Serangan itu adalah yang terbaharu di antara satu siri serangan yang mensasarkan tapak tentera di Syria, termasuk pejuang yang disokong oleh Iran.

Pada 18 November, peluru berpandu Israel membedil selatan Damsyik, mengakibatkan kematian dan kerosakan dalam kalangan tentera Syria dan pejuang yang disokong oleh Iran.

Pada 18 November, Israel menembakkan peluru berpandu ke sasaran di selatan Damsyik, menyebabkan kerosakan dan korban jiwa di kalangan pejuang yang disokong Iran dan tentera Syria.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Israel telah melakukan ratusan serangan udara terhadap sasaran yang berkaitan dengan Iran di Syria, serta konvoi yang mengangkut senjata kepada Hezbullah, pemberontak Lubnan yang didakwa disokong oleh Iran.

Israel melihat Iran sebagai musuh utama dan tidak akan membenarkan Iran mendirikan pangkalan tetap di Syria.

Israel dan Syria mempunyai sempadan di sepanjang Dataran Tinggi Golan, yang dirampas oleh negara Yahudi daripada Syria semasa perang Timur Tengah 1967 dan ditakluki pada tahun 1981. – MalaysiaGazette