Gambar hiasan
KOTA KINABALU – Aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di semua zon di Sabah dibenarkan bermula hari ini hingga 6 Disember

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bagi zon jingga dan merah, solat lima waktu terhad kepada 30 jemaah manakala solat Jumaat hanya 40 jemaah.

Bagi zon kuning dan hijau, kapasiti solat lima waktu terhad kepada 40 jemaah dan solat Jumaat terhad kepada satu pertiga ruang solat.

“Pelaksanaan ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Aktiviti selain solat lima waktu, solat Jumaat dan bacaan yasin adalah dilarang,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Masjid dan surau terpilih juga dibuka mengikut masa yang ditetapkan bagi orang awam dan musafir yang ingin menunaikan solat fardu mengikut SOP ditetapkan. – MalaysiaGazette