Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kluster pertama adalah Bot Biru melibatkan daerah Tawau di Sabah, katanya.

Sehingga kini beliau memaklumkan seramai 23 individu telah disaring manakala 17 kes telah dikesan positif Covid-19.

“Kedua, Kluster Blik 31, kluster ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Sehingga hari ini, sejumlah 26 individu telah disaring di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Seterusnya adalah Kluster Gemilang di Johor Bharu, kata Noor Hisham telah menyaring 95 individu dan 26 daripadanya dikesan positif pandemik berkenaan.

“Seterusnya Kluster Tapak Bina Sungai Udang melibatkan para pekerja sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong di Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif,” tambah Noor Hisham.

Kelima adalah Kluster Chengal melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang, Kelantan.

Seterusnya Kluster Damar Laur melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang juga di Padang Terap, Kedah.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah menyaring sejumlah 254 individu, di mana 15 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam Kluster Chengal.

“Manakala Damar Laut 13 dikesan positif Covid-19 selepas 651 disaring,” jelas beliau.

Ujarnya, sehingga kini sebanyak 345 kluster telah dilaporkan, manakala 172 kluster yang telah tamat termasuk dua berkuatkuasa hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 173 kluster,” kata beliau lagi.-MalaysiaGazette