Desas desus kononnya undian Belanjawan 2021 untuk kali ketiga di Dewan Rakyat hari ini tidak akan lulus sekaligus tumbangnya kerajaan tidak benar sama sekali.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak sepakat ketika menuntut supaya undi secara belah bahagi dijalankan untuk proses meluluskan usul Belanjawan 2021 pada bacaan kedua mendapat perhatian warga maya di laman Twitter.

Ada juga ahli-ahli politik yang membuat ciapan tentang keadaan yang berlaku di akhir sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan.

Tinjauan MalaysiaGazette di media sosial mendapati ada kalangan netizen yang pelik mengapa keadaan seperti itu boleh berlaku sedangkan sebelum ini pembangkang begitu beria-ia mahu menolak usul Belanjawan 2021.

Ada juga yang bertanya mengapa hanya ahli-ahli Parlimen dari parti Amanah dan Pejuang yang bangun menuntut supaya undi belah bahagi dilaksanakan dan bukannya menerusi undian suara.

Namun agak memeranjatkan apabila Speaker meminta supaya 15 ahli Parlimen bangun untuk membolehkan undi belah bahagi dijalankan, hanya 13 yang berbuat demikian dan kesemuanya terdiri daripada ahli Parlimen Amanah dan Pejuang.

Berikut adalah antara ciapan-ciapan berkaitan insiden tersebut:
“Kalau bangun untuk belah bahagi pun tak berani, tak perlu sembang nak undi tidak percayalah.”
“Kepada semua ahli2 parlimen yang berat bontot nak bangun untuk undi belah bahagi, salam neraka dari rakyat!”

“Kenapa Anwar tak bangun? Please explain