Datuk Seri Mohamad Hasan parliament sitting Dewan Rakyat
Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus segera merancang agar Belanjawan 2021 dapat dilaksanakan segera tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan demi memberi keutamaan negara dan rakyat.

”Kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan belanjawan yang diluluskan ini Insya Allah adalah intervensi yang sangat dinanti-nantikan.

”Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah mengandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi,” katanya di sini.

Dalam pada itu, katanya, Ahli-Ahli Parlimen perlu terus berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan Belanjawan 2021 yang diluluskan dilaksanakan segera dengan efisien. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.