Beginilah keadaan bas dua tingkat yang terlibat dalam nahas jalan raya di Sao Paulo. foto Agensi

SAO PAULO – Bas dua tingkat yang mengangkut pekerja kilang tekstil bertembung dengan sebuah trak di wilayah ini, mengorbankan 40 orang.

Kemalangan jalan raya yang paling dahsyat tahun ini, berlaku sebelum jam 7 pagi waktu tempatan (10:00 GMT) di lebuh raya negeri yang dikenali sebagai Alfredo de Oliveira Carvalho Hwy, yang terletak di bandar Taguai, 347 kilometer barat Sao Paulo.

Menurut bomba, seramai 37 orang meninggal dunia di lokasi dan tiga lagi mati ketika menerima rawatan di hospital.

Seramai 11 lagi diberi rawatan,

Gabenor Sao Paulo, Joao Doria meminta orang ramai menderma darah di hospital.

“Setakat ini 40 orang disahkan meninggal dunia,” kata Doria.

Susulan kemalangan itu, lebuh raya berkenaan ditutup selama tiga jam bagi memudahkan operasi menyelamat.

Setakat ini punca nahas belum diketahui. – MalaysiaGazettte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast