Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Ketidaksepakatan ahli-ahli Parlimen pembangkang membuat undian belah bahagi dalam sesi pengundian Belanjawan 2021 mendapat sindiran daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Gombak menyifatkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk mencukupkan korum 15 orang untuk mengusulkan undi belah bahagi sebagai ‘berbelah bagi’.

“Peraturan Mesyuarat membolehkan belah bahagi bukannya ‘berbelah bagi’,” ciap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Twitter miliknya hari ini.

Terdahulu Belanjawan 2021 diluluskan dengan suara majoriti selepas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggulungnya di Dewan Rakyat petang ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Itu bukan undian berbelah bahagi, itu undian boleh blah!

    Dikatakan ada 13 orang, ni kalau org puteh/kafir mereka percaya ini nombol GOOD LUCK! Apa2 pun siapakan geng2 13, geng nombol bertuah tersebut?

  2. Tanpa Nama ni suka sangat guna istilah kafir, macam diri dia je suci. Boleh saya tahu definasi kafir dari Tanpa Nama, apa yang beliau tahu makna kafir?

Comments are closed.