Zool Amali Hussin

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa parti itu tidak menjadi ‘lebih baik’ ketika beliau bercuti sebagai Presiden UMNO.

Ketuanya, Zool Amali Hussin berkata, ahli-ahli UMNO perlu menerima hakikat ketika Ahmad Zahid bercuti dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan menjadi pemangku jawatan itu, maruah parti telah berjaya dikembalikan.

Jelas beliau, Ahmad Zahid tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu yang boleh mengguris hati akar umbi parti dan jentera parti yang berkerja-keras dengan ikhlas untuk parti ketika UMNO jatuh.

“Ketika itu, kita kena terima hakikat sewaktu presiden parti bercuti dan timbalannya, Tok Mat sebagai pemangku jawatan, beliau telah berjaya mengembalikan maruah UMNO di mata mereka yang menghina parti ketika itu.

“Kita menang banyak PRK (Pilihan Raya Kecil) di bawah pimpinan pemangku Presiden UMNO, Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan jadi bila presiden kata UMNO tidak jadi lebih baik, saya menyangkal. Ketika PRK, saya tengok kakak-kakak ahli Wanita, berhempas pulas, Pemuda dengan gerak gempur dan Puteri dengan IT.

“Apa yang presiden kata itu tidak jaga hati kami kerana kami buat kerja ikhlas demi kembali kepercayaan kepada parti. Beliau cakap benda yang tidak kena atau salah laporan media,” katanya pada Facebook miliknya secara langsung di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang mengatakan beliau pernah cuba memberikan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO kepada orang lain tetapi parti itu tidak menjadi ‘lebih baik’ ketika itu di MalaysiaGazette semalam.

Kata Ahmad Zahid, suatu ketika beliau pernah mengambil ‘cuti’ selama enam bulan dan 12 hari dari jawatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zool Amali menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Zahid itu hanya memecahkan ahli parti ketika parti kini masih terumbang-ambing.

Jelas beliau, realitinya, pemimpin datang pergi malah pemilihan UMNO masih lambat lagi atau ditunda hingga tahun 2023.

“Kenapa kenyataan perlu keluar ketika parti sedang bersatu dan bekerjasama dengan Muafakat Nasional. Tidak sepatutnya berlakunya sekarang dan mungkin apa saya cakap ada orang tidak suka dan kecam.

“Tapi saya tidak peduli kerana mahu berkata benar walaupun pahit. Saya tidak risau nama tidak naik jadi calon. Kepada kawan kita kena percaya kepada takdir dan saya terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan,” katanya.

Zool Amali menambah, beliau hanya meluahkan isi hatinya dan rakan-rakan akar umbi di dalam jajahannya.

Bagi beliau tidak sepatutnya dalam keadaan UMNO sedang menuju ke puncak dan orang ramai sedang menerima parti kembali, keluar kenyataan menyakit hati akar umbi oleh presiden parti.

“Kita kena faham dalam keadaan sekarang ini, presiden tentu ada penyokongnya dan timbalan tentu ada penyokongnya. Jadi bila ada kenyataan yang menyakiti hati, akan buat kita di bawah ini berbalah sesama sendiri.

“Benda ini tidak manis untuk akar UMNO kerana ahli Pemuda yang lain melihat kepimpinan di atas bukan sahaja presiden sahaja dan kebanyakan pemimpin di atas bercakap dahulu, baru fikir.

“Patutnya fikir dulu sebelum cakap. Natijah ramai yang akan berbalah dengan pendapat masing-masing. Presiden yang patut berundur, timbalan presiden macam ini pula,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

“UMNO tidak menjadi ‘lebih baik’ ketika saya bercuti dulu”

4 Komen

  1. biasa lah tu orang umno tak nampak baik nya orang lain. melainkan sendiri juga yang lebih baik. tengok apa kata tun M.

  2. Sy amat bersetuju dgn pendapat dan pandangan yg saudara lahirkan, tika penyatuan hampir terlaksana, dn peratusan umat makin yakin dgn perjuangan, maka amatlah diperlukan kebijaksanaan dlm melontarkan pendapat, sbgai yg teratas haruslah bijak berfikir dn berkata2 demi penyatuan ummah DPT benar2 terlaksana, hentikanlah sikap berpuak2 dlm satu kesatuan yg natijahnya UTK penyatuan, atas pagar memerhati, jika diatas bijak memimpin maka dptlah dibulatkan sokongan kita, bersatu hatilah dlm perjuangan, gunakan lah akal fikiran dgn bijaksana berpandukan Al-Quran dan hadis, pasti perjuangan mendapat keredaan Allah, bersatulah sblum sglanya tergadai wahai yg diatas dlm menjalankan amanah Allah, gunakanlah kesempatan dgn janji Allah, bahawa syurga yg teratas tanpa hisab buat pemimpin yg adil dan bijaksana.

  3. setuju sangat…jangan seperti kacang lupa kulit 2.melepaskan anjing tersepit mengigit yang membantu 3 selepas dapat madu sepah dibuang 4. api dalam sekam musuh dalam selimut 5 lembu punya susu tapi sapi dapat nama…ubahlah kepada carik bulu ayam bercamtum jua 2.air dicincang tidak putus 3. buang yang keruh ambil yang jernih dan Bulat kata kerana Muafakat…wallahualam

  4. Zahid sudah tiada tempat di hati akar umbi tetapi mahu juga tunjuk taring..
    Ramai yg tahu semasa 1999 bahawa Ahmad Zahid salah seorang yg rapat kepada Anwar Ibrahim maka apabila menyatakan bahawa dia tidak kisah MP UMNO menyokong Anwar kerana pada awalnya ahmad zahid la yg memulakan gerakan anwar tetapi bila kepimpinan Pas tidak setuju dia u-turn.
    Ahli akar sudah tahu permainan Ahmad Zahid tetapi kemenangan semasa PAU yg lepas atas permainan beliau..
    Boleh tanya kepada ketua bahagian kenapa beliau dapat Undi di bahagian bukan di cawangan seperti yg sepatutnya

Comments are closed.