PM Thailand, Prayuth Chan-ocha

BANGKOK – Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menjangkakan Thailand bakal menghasilkan vaksin Covid-19 pada pertengahan tahun depan, lapor Thai News Agency (TNA).

Dalam satu video klip yang disiarkan melalui laman Facebooknya, Prayut berkata, penyelesaian jangka panjang untuk Covid-19 adalah dengan memiliki vaksin dan Thailand mahu menjadi antara negara yang mahu memiliki vaksin berkenaan secepat bagi supaya ia boleh memulihkan semula ekonominya.

Disebabkan itu, dalam tempoh beberapa bulan lalu, Prayut berkata, beliau telah memutuskan untuk mencari rakan kongsi untuk menghasilkan vaksin tersebut bagi memastikan Thailand mampu mengeluarkan sendiri vaksin Covid-19.

Bulan lepas, Thailand telah memeterai perjanjian dengan Universiti Oxford dan AstraZeneca plc.

Di bawah perjanjian tersebut, Thailand akan menerima teknologi penghasilan vaksin bagi pengeluaran tempatan, jelasnya.

Pada Khamis, kerajaan Thailand akan menandatangani satu lagi perjanjian dengan kedua-dua organisasi berkenaan untuk membeli vaksin tersebut.

Beberapa hari lepas, kedua-dua pihak memaklumkan kadar keberkesanan vaksin tersebut adalah 70 hingga 90 peratus yang mana ia sangat bagus, kata Prayut.

“Kami menjangkakan vaksin ini akan mendapat kelulusan untuk penggunaan dan pengeluaran pada pertengahan tahun depan.

“Jika kita mempercepatkan prosedur, kita akan dapat menerima banyak pelawat ke negara ini dan sekali gus memulihkan ekonomi,” katanya.- Agensi

 

1 Komen

  1. orang lain boleh jangka vaksin buat sendiri. kita malaysia masih sibuk rebut kuasa. inikah pemimpin bela rakyat dan negara???? .

Comments are closed.