Ketua Menteri Melaka Adly Zahari hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri telah membenarkan projek Melaka Gateway diteruskan setelah projek itu dipastikan diselia oleh syarikat tempatan dan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya daripada segi peluang pekerjaan.
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri telah membenarkan projek Melaka Gateway diteruskan setelah projek itu dipastikan diselia oleh syarikat tempatan dan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya daripada segi peluang pekerjaan.

KUALA LUMPUR – Selepas mengumumkan penamatan perjanjian projek pembangunan Melaka Gateway oleh KAJ Development (KAJD) Sdn. Bhd., kerajaan negeri hari ini mengumumkan projek tersebut akan diteruskan.

Namun, tiada perincian mengenai syarikat yang dianugerahkan projek tersebut, sebaliknya, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali hanya mengesahkan projek pembangunan komersial seluas 246.4 hektar itu akan diteruskan.

Menurut Sulaiman, ada perkara teknikal yang perlu diperbetulkan sedikit apatah lagi ia terletak di bawah koridor ekonomi baharu Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

“Jangan risau, projek akan terus dilaksanakan kerana kita tak mahu biarkan ia diabaikan,” katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.

Sulaiman juga enggan mengulas lebih lanjut berhubung projek tersebut juga mengenai penamatan perjanjian yang berkaitan sebaliknya mahu apa-apa pertanyaan diajukan kepada peguam dilantik.

Sebelum ini Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat berkenaan ditamatkan perjanjian tersebut yang bermula sejak 4 Oktober 2017 kerana didapati gagal menyiapkan projek itu.

Satu notis penamatan perjanjian telah dikemukakan kepada pihak syarikat terbabit selain mereka dikehendaki menyerahkan tapak projek itu berkuat kuasa pada notis penamatan dikeluarkan Kerajaan Negeri Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development, Datuk Michelle Ong ketika sidang media berkaitan projek dengan Kerajaan Negeri Melaka di Restoran Yahaya, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 21 NOVEMBER 2020

Minggu lepas dalam satu sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif KAJD, Datuk Michelle Ong berkata, syarikatnya mendapati notis penamatan tersebut yang telah ditandatangani pada 3 Oktober itu hanya pada 16 November lalu.

Menurutnya, tindakan kerajaan Melaka itu dilihat seperti tidak bertanggungjawab apatah lagi sebanyak RM700 juta telah dibelanjakan semenjak pembangunan wilayah tersebut dimulakan pada tahun 2014.

Malah 40 peratus syarikat sudah berjalan dengan projek utama telah bermula.

Projek mega Melaka Gateway sebuah projek pembangunan yang menyeluruh oleh sebuah syarikat swasta. Ia bukan semata-mata hanya projek penambakan yang baru ditamatkan itu.

Pemaju Melaka Gateway kecewa projek RM43 bilion dibatalkan Kerajaan Negeri

“Penamatan tersebut bukan sahaja akan menamatkan pembangunan tersebut, tetapi ia juga akan memberikan persepsi negatif kepada pelabur asing yang mahu melabur ke dalam negara kita.

“Oleh itu kami menegaskan yang tindakan kerajaan Melaka menamatkan perjanjian penambakan laut itu adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak adil namun pada masa kita boleh berbincang dengan pihak berwajib,” katanya ketika itu.

Michelle yang merupakan pengasas KAJD berkata, projek yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikatnya itu juga tidak memerlukan sebarang kos daripada kerajaan Melaka.

Sumber MalaysiaGazette juga dimaklumkan ada kemungkinan pemaju Melaka Gateway ini akan ‘ditukar’ namun ianya belum disahkan lagi ketika ini. -MalaysiaGazette