Besi yang digunakan oleh seorang lelaki untuk memukul seorang pengawal keselamatan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati dengan seorang pengawal keselamatan yang menahan dan bertanya banyak soalan kepada rakannya mendorong seorang lelaki bertindak memukul pengawal berkenaan dengan sebatang besi.

Kejadian itu berlaku pada 12.03 pagi Jumaat lalu menyebabkan pengawal tersebut cedera.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pengawal keselamatan itu dikatakan telah bertanya kepada rakan suspek tentang kad akses untuk keluar dari sebuah kawasan di Seksyen 5, Kota Damansara.

Susulan kejadian itu, kira-kira jam 11.45 malam, pasukan polis telah menahan suspek yang berusia 27 tahun di hadapan pos pengawal dan suspek mengaku memukul mangsa.

Suspek kini ditahan reman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette