Mohsen Fakhrizadeh. foto SCMP

TEHRAN – Saintis nuklear paling kanan Iran, Mohsen Fakhrizadeh telah dibunuh berhampiran ibu negara Iran.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan.

Fakhrizadeh meninggal di hospital setelah diserang di Absard, di daerah Damavand.

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif, mengecam pembunuhan itu “sebagai tindakan keganasan negara”.

Agensi perisik barat percaya Fakhrizadeh adalah individu di belakang tabir program senjata nuklear Iran.

“Sekiranya Iran pernah memilih untuk melakukan persenjataan (pengayaan), Fakhrizadeh akan dikenal sebagai bapa bom Iran,” kata seorang diplomat barat kepada agensi berita Reuters pada tahun 2014.

Selama ini, Iran menegaskan program nuklearnya bertujuan untuk keamanan.

Iran menegaskan bahawa program nuklearnya hanya untuk tujuan damai.

Tetapi berita pembunuhan itu muncul di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan jumlah uranium yang diperkaya yang dihasilkan Iran.

Uranium yang diperkaya adalah komponen penting untuk penjanaan tenaga nuklear awam dan senjata nuklear tentera.

Kesepakatan 2015 dengan enam kuasa besar dunia telah menetapkan had pengeluarannya, tetapi sejak Presiden Donald Trump menarik semula perjanjian itu pada 2018, Iran telah melanggar melanggar perjanjian tersebut.

Joe Biden telah berjanji untuk berhubung semula dengan Iran selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada bulan Januari, walaupun telah lama ditentang oleh Israel.

Antara tahun 2010 dan 2012, empat saintis nuklear Iran dibunuh dan Iran telah menuduh Israel terlibat dalam pembunuhan itu.

Nama Fakhrizadeh secara khusus pernah disebut dalam pembentangan Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu mengenai program nuklear Iran pada April 2018.

Tidak ada kenyataan dari Israel mengenai berita pembunuhan itu. Pentagon juga menolak untuk mengulasnya, menurut Reuters.

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, Kementerian Pertahanan Iran memaklumkan: “Pengganas bersenjata menyasarkan sebuah kenderaan yang membawa Mohsen Fakhrizadeh, ketua organisasi penyelidikan dan inovasi kementerian itu.

“Setelah pertempuran antara pengganas dan pengawalnya, Fakhrizadeh cedera parah dan dikejarkan ke hospital.

“Sayangnya, usaha pasukan perubatan untuk menyelamatkannya tidak berjaya dan beberapa minit kemudian beliau meninggal dunia.”

Laporan media Iran mengatakan bahawa penyerang melepaskan tembakan ke arah saintis di dalam keretanya. – MalaysiaGazette