Dr Mike Ryan. Foto Reuters

GENEVA – Pakar kecemasan Organisasi Kesihatan Sedunia berkata, sangat sukar untuk mengakui bahawa wabak koronavirus bukan bermula di China.

Wabak itu dikesan di pasar makanan pada bulan Disember tahun lalu.

China telah melancarkan naratif melalui media negara bahawa virus itu sebenarnya suda ada di luar negeri sebelum ia dijumpai di kota Wuhan, dengan mendakwa koronavirus ada pada bungkusan makanan beku yang diimport.

Kertas-kertas ilmiah pula mendakwa wabak itu tercetus di Eropah tahun lalu.

”Saya rasa sangat spekulatif untuk kita mengatakan penyakit ini tidak muncul di China.

“Dari perspektif kesihatan awam jelas kita memulakan siasatan di mana kes membabitkan manusia pertama kali berlaku,” tambahnya sambil mengatakan mungkin ada bukti yang mungkin terarah ke tempat lain,” kata Mike Ryan pada taklimat maya di Geneva.

Ryan mengulangi kenyataan bahawa WHO berhasrat untuk menghantar para penyelidik ke pasar makanan Wuhan untuk menyiasat virus itu lebih jauh.

WHO telah dituduh oleh pentadbiran Trump kerana “berpusatkan China” – satu tuduhan yang ditolak oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berulang kali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast