Kita dapat lihat ramai yang terkesan terutama dari golongan B40 dan M40. Kesan kepada mereka lebih jelas terutama B40 kerana kebanyakan mereka bekerja hanya untuk kelangsungan hidup memenuhi keperluan asas.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pada hari ini negara merekodkan kes harian baharu lebih rendah berbanding kes sembuh iaitu sebanyak sebanyak 1,309 kes manakala kes sembuh adalah 1,333 kes.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,333 kes sembuh Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahanri berbanding 1,309 kes positif baharu virus tersebut.

Berikutan itu, jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada  52,647 kes manakala jumlah keseluruhan kes positif adalah sebanyak 64,485 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 11,481 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), yang mana 473 kes (95.9 peratus) daripadanya adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan) diikuti Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus).

“Sebanyak 75 kes atau 5.7 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (38 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes), Kluster PTS Tawau (4 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, sehingga kini terdapat 116 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau meberitahu, sebanyak tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kematian di Malaysia meningkat kepada 357 kes atau 0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ujarnya, kes kematian ke-355 adalah kes 41169 melibatkan lelaki warga tempatan dari Perak berusia 64 tahun berlatarbelakangkan penyakit kencing manis, darah tinggi dislipidemia, dan penyakit hati kronik meninggal dunia di Hospihal Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Tambah beliau, kes kematian ke-356 adalah kes 60507 merupakan lelaki warga tempatan berusia 89 tahun dari Negeri Sembilan yang menghidap kanser perut meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

“Kes kematian ke-357 pula melibatkan kes 62337 iaitu perempuan asing berusia 53 tahun berlatar belakang penyakit kencing manis disahkan kematian di Hospital Tawau.

“KKM juga ingin memberi sedikit pencerahan mengenai kematian ke-352 (iaitu kes 35037) di Sabah yang melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang dilaporkan berusia 130 tahun yang maan kematiannya disahkan oleh Hospital Tuaran.

“Maklumat mengenai latar belakang arwah telah diperolehi daripada kaum keluarga beliau dan juga pihak berkuasa tempatan dan memandangkan arwah tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan diri yang sah, maklumat yang diterima adalah terhad, termasuklah usia arwah,” katanya. – MalaysiaGazette