Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara berang dengan isteri dan anak yang telah menghalangnya merogol salah seorang anak tirinya, seorang lelaki warga Nigeria bertindak membunuh cucunya dengan mencampak mangsa dari sebuah apartmen di Danau Kota Setapak, Wangsa Maju di sini hari ini.

Suspek ditangkap orang ramai dan diserahkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang berada di lokasi kejadian berkata, polis menerima laporan kejadian pada jam 8.10 pagi dan mangsa yang meninggal dunia dikenalpasti sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi berusia 4 tahun.

“Siasatan kes mendapati suspek warga Nigeria yang berusia, 42, telah berkahwin dengan seorang perempuan Melayu tempatan berusia 49 tahun dan tinggal bersama empat anak tiri, seorang anak sendiri dan seorang cucu tiri di unit apartmen tersebut.

“Punca kejadian disebabkan suspek cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu dan telah dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

“Berang dengan kejadian itu, suspek telah mengamuk dan memukul dan menghentak kesemua mangsa termasuk mangsa yang meninggal dunia yang turut berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, isteri dan anak-anak suspek cuba menyelamatkan diri dan lari keluar dari rumah untuk dapatkan bantuan jiran dan pengawal keselamatan.

Bagaimanapun kata Nik Ros Azhan, melihat mangsa menjerit dan meminta tolong, suspek telah mengangkat Muhammad Adam yang ketika itu dalam keadaan lemah dan longlai lalu dibawa ke arah tingkap luar di bilik utama dan mencampaknya ke bawah.

“Kemudian suspek juga telah lompat keluar melalui tingkap yang sama sebelum mengalami kecederaan dan tidak dapat melarikan diri.

“Suspek berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Pengawai perubatan hadir di tempat kejadian dan mengesahkan kematian kanak-kanak malang itu,” ujarya.

Menurut Nik Ros Azhan, suspek dan mangsa telah dibawa ke Hospitak Kuala Lumpur dan suspek akan direman untuk membantu siasatan.

Tambah beliau, kes diklafikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.