Hazard tercedera pada minit ke-28 selepas diturunkan menyaksikan Los Blancos tersungkur di halaman sendiri dalam aksi La Liga semalam.

MADRID – Real Madrid bukan sahaja kalah pada perlawanan La Liga malam tadi, malah Eden Hazard turut tercedera.

Pada perlawanan yang menyaksikan pasukan tuan rumah tumpas 1-2 kepada Alaves, Hazard dipapah keluar padang pada minit ke-28 dan ia merupakan penampilannya untuk the Galacticos musim ini.

Pasukan kendalian Zinedine Zidane ketinggalan seawal minit kelima menerusi sepakan penalti Lucas Perez.

Real Madrid terus ditimpa malang apabila penjaga golnya Thibaut Courtois melakukan kesilapan yang membolehkan Joselu menjaringkan gol kedua manakala gol saguhati Real dijaringkan Casemiro pada minit ke-86 .- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast