TERKINI : Majlis Presiden Untuk Kukuhkan Kerajaan PN – Azmin

GOMBAK – Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan bagi memboleh semua presiden-presiden parti turut menyumbang pandangan masing-masing kerana ada di kalangan presiden parti tidak berada dalam Kabinet.

Kata Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, penubuhan itu juga bagi memperkukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.