KUALA LUMPUR – Selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan idea penubuhan Perikatan Nasional (PN) datang daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, kini giliran bekas Perdana Menteri itu pula mendedahkan perihal sebenar Azmin.
Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen Gombak itu sebenarnya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
“Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri.
“Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk Kerajaan PN dan Langkah Sheraton agak lama, kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli Parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Azmin mendedahkan Dr Mahathir mahu menubuhkan Perikatan Nasional bagi membolehkan dirinya kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik.
Dalam pada itu, Mahathir juga berkata Muhyiddin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempunyai peranan besar mengeruhkan keadaan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka cuba yakinkan saya bahawa Anwar dan DAP sedang merancang untuk menjatuhkan saya dan kerana itu perlu saya bergabung dengan parti-parti Melayu yang lain untuk membalas perancangan itu.
“Ketika ini sedang dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi Najib, menghasut
kumpulan-kumpulan Melayu supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP,” kata Dr Mahathir lagi.
Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkata, Langkah Sheraton yang direncanakan oleh Azmin adalah bertujuan menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri
“Walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian.
“Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM,” dedah Mahathir lagi. – MalaysiaGazette
Covid hari2 kes tinggi. Ekonomi baru nak pulih sikit. Atuk xhabis habis lg ke pasal politik ni..
Woii perantau TuN M mmbalas knytaan jemin..bengong lh ko ni prntau
masing2 londeh-melondeh…bogel terus..ha..ha,,
Hakikatnya… Tak perlu najib hasut.. Org melayu memang tak percaya DAP dan para balacinya terutama pemimpin yg approve icerd dan statut rome..
Sapa boneka DAP yg sanggup sekongkol jual harta umat islam… ATOK COW la..
Atok atau Jemin yang meNIPU?
Masa akan merungkai!