Juara dunia F1 tujuh kali Lewis Hamilton positif Covid-19 dalam saringan terbaharu pada Isnin lalu.

LONDON – Lewis Hamilton diuji positif Covid-19 selepas menjuarai Grand Prix Bahrain Ahad lalu dan dikuarantin di bilik hotel.

Ia sekali gus menghancurkan hasrat juara dunia sebanyak tujuh kali itu berentap dalam perlumbaan GP Sakhir di Bahrain hujung minggu ini.

Pelumba handalan pasukan Mercedes Petronas warga Britain itu diwajibkan kuarantin kendiri selama 10 hari di bilik hotel selepas dikesan positif mempunyai simptom pada pagi Isnin.

Mercedes hari ini mendedahkan perkara itu dalam kenyataannya.

Ikon sukan British itu telah meraikan gelaran dunia ketujuh karier F1 bersama ahli keluarga terdekat di Monaco dan memuat naik video bermain tenis dengan bapanya.

Formula 1 dalam satu kenyataan pada Selasa mengesahkan bahawa FIA, F1 dan pasukan Mercedes mengesahkan Hamilton disahkan positif semasa menjalani saringan mandatori Covid-19 pra perlumbaan (PRC) GP Skahir.

“Berdasarkan protokol Covid-19 dia kini dikuarantin kendiri dan semua kontak rapat telah dikenalpasti dan dirujuk kepada pasukan kesihatan untuk tindakan lanjut.

“F1 dan pasukan Mercedes serta FIA akan memastikan prosedur ketat dilaksanakan sepenuhnya pada hari perlumbaan hujung minggu ini memastikan pandamik tidak menular pasukan lain,” kata kenyataan yang sama.

Sejak dikesan simptom pada Isnin, Hamilton disahkan positif pada kedua-dau ujian saringan selepas itu.

Mercedes dalam kenyataan berkata, Hamilton menjalani saringan sebanyak tiga kali minggu lalu dan kesemuantya keputusan negatif dan kali terakhir pada Ahad lalu.

“Bagaimanapun selepas dia bangun pagi Isnin dengan simptom ringan sebelum dimaklumkan positif Covid-19.

“Dia masih sihat dan cergas dan seluruh pasukan mendoakan kesihatannya kembali pulih,” sebut kenyataan itu.- MalaysiaGazette