CHENNAI- Pelakon dan ahli politik Rajinikanth atau nama sebenarnya, Shivaji Rao Gaekwad mengumumkan akan menubuhkan parti politiknya sendiri menjelang Januari tahun depan.
Menurut bintang sensasi dari India itu, perincian bagi partinya akan diumumkan pada 31 Disember nanti, seperi laporan Astro Awani.
Perkara itu sekali gus menghentikan spekulasi selama dua dekad yang bermula sejak 1996 berkaitan penglibatan bintang filem itu dalam dunia politik.
Dalam pada itu, Rajinikanth berkata menerusi laman Twitter rasminya bahawa partinya itu akan menumpukan kepada kejujuran dan kerohanian serta menjauhi rasuah.- MalaysiaGazette