Foto Instagram Elly Mazlein.
Foto Instagram Elly Mazlein.

KUALA LUMPUR – Insiden menimpa pelakon Faye Kusairi yang berdepan saat cemas apabila tiba-tiba mendapat serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka mengejutkan ramai pihak.

Turut menarik perhatian apabila status yang dimuat naik pengacara dan penyanyi popular, Elly Mazlein: “Tiada tepukan… tiada helai tawa… Hanya yang ada, doaku buatmu. Semoga dipermudahkan,”..

Biarpun Elly menyatakan doa berkenaan ditujukan kepada siapa, namun ramai yang beranggapan ia ditujukan kepada Faye

Tindakan Elly atau Kak Lina Pom Pom mendapat pujian netizen kerana kedua-dua selebriti mempunyai hubungan yang tidak baik sebelum ini kerana Faye telah berkahwin dengan bekas suami pengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3 itu. – MalaysiaGazette