KUALA LUMPUR – Idea penubuhan gagasan baharu yang dicetuskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat ‘membunuh’ UMNO secara halus atau kasar.
Parti Melayu paling lama itu telah banyak kali diuji semenjak tahun 1988 ketika ia dibubarkan dan UMNO baharu diwujudkan.
Sepanjang tempoh itu beberapa parti wujud seperti Semangat 46, PKR, Bersatu, Berjasa dan Pejuang.
Semua parti serpihan yang wujud itu dibentuk mengikut struktur UMNO dari segi organisasi dan kandungannya.
Malah kata Profesor Ulung, Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, penyusunan organisasi Perikatan Nasional (PN) yang juga masih didakap pengaruh UMNO.
“Proses UMNOisation akan berterusan dengan UMNO sebagai cermin muka ,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan segelintir pihak berhubung perbentukan gagasan parti -parti di bawah Perikatan Nasional yang dianggap akan melenyapkan UMNO secara terancang.
Beliau menyifatkan pembentukan gagasan itu adalah usaha Bersatu yang bersifat jangkan pendek untuk berdepan PRU-15.
Bagi Bersatu gagasan itu satu keperluan kerana parti berkenaan terbahagi kepada dua – ahli -ahli tulen dan individu – individu yang ‘meloncat’ dari UMNO.
“Situasi ini menyebabkan Bersatu goyah , justeru ia memerlukan kerjasama UMNO memandangkan mereka yang melompat parti ditolak oleh akar umbi UMNO”.
Ditanya mengenai hubungan ‘dingin’ antara UMNO dan Bersatu, Shamsul berkata, kedua-duanya bukan ‘sejuk’ tetapi masih mencari titik pertemuan untuk co-exist disebabkan tokoh-tokoh Bersatu adalah pimpinan UMNO dahulu.
“Bersatu yang sebenarnya dingin, takut- takut segan kerana mereka sedar tidak ada akar umbi untuk menyokong mereka bertapak.
Pandangannya berhubung kerjasama Pas dengan UMNO , Shamsul berkata, Pas mungkin sebuah parti Islam tetapi politik mereka bukanlah berasaskan Islam tetapi tetap berperilaku, nafsu dan selera manusia.
Sikap Pas adalah sama seperti kepimpinan UMNO , Bersatu , PKR dan lain-lain.
Ujarnya, UMNO sebenarnya masih lagi jaguh kerana memiliki akar umbi yang teguh.
Cuma, UMNO masih mempunyai ramai pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ hingga mengenepikan tokoh-tokoh lain yang berwibawa dan berkaliber.
Kelompok kluster itu perlu tarik diri dan tidak bertanding dalam PRU 15, sebaliknya menaikkan peminpin-pemimpin berkaliber lain demi kelangsungan parti tersebut.
“Warisan pimpinan UMNO harus ‘disogok’ pada rakyat tanpa ‘Kluster Mahkamah’, tokoh yang korup.
“UMNO juga bukan parti ‘jantan’, oleh itu tokoh-tokoh wanita mesti diketengahkan kerana wanita adalah tunjang UMNO.
”Sedarilah bahawa UMNO heboh dengan pemimpin lelaki tapi yang mendukung parti ini adalah sayap wanita,” ujarnya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Salam. Nampak bernas pandangan Prof Samsul Amri kerana sememangnya UMNO kini lemah gara2 ada pemimpin dan orang kanan yg setia separuh hati dan mudah gelojoh/rakus diumpan takhta-harta-wanita-jejaka jelita. Mujur juga golongan akar umbi dan para pembela tegar UMNO terus memperahankan hala tuju partidan tidak mudah melatah. Cuma, spt kata beliau, golongan pemimpin yg dah malap semangat berjuang atau tiada semagat membela rakyat tu, silalah berundur atau sertai saja PPBM, Perkasa, PUJAwang, PKR atau sebagainya daripada terus melukut di tepi gantang!
Salam. Nampak bernas pandangan Prof Samsul Amri kerana sememangnya UMNO kini lemah gara2 ada pemimpin dan orang kanan yg setia separuh hati dan mudah gelojoh/rakus diumpan takhta-harta-wanita-jejaka jelita. Mujur juga golongan akar umbi dan para pembela tegar UMNO terus mempertahankan hala tuju partidan tidak mudah melatah. Cuma, spt kata beliau, golongan pemimpin yg dah malap semangat berjuang atau tiada semagat membela rakyat tu, silalah berundur atau sertai saja PPBM, Perkasa, PUJAwang, PKR atau sebagainya daripada terus melukut di tepi gantang!
Amboi.. yang kluster mahkamah ko suruh masuk Bersatu pulak. Kau tak sedarkah yg keluar UMNO tu yg benci pemimpin kluster mahkamah, padahal kamu yg setia sangat tu. Maknanya kamu Norman boleh lagi bertoleransi dengan pemimpin kluster mahkamah. Sedangkan yg keluar UMNO tu yg sebenarnya benar benar tolak kluster mahkamah kesayangan parti kamu
AKAR UMBI MENOLAK PN/PPBM..HANYA BOLEH TERIMA MN BERSAMA PAS TANPA MENGHERET PPBM/PEJUANG.JIKA TERBABIT PPBM,AKAR UMBI AKAN MENOLAK.
PPBM AHLINYA ADALAH PARA BANGSAT2 MELAYU PENGKHIANAT AMANAT RAKYAT,INDIVIDU YG ADA SALAH LAKU MORAL LUAR TABII,INDIVIDU YG SKANDAL BINI ORG SERTA BERBAGAI SALAH LAKU DADAH SEBAGAINYA..ADAKAH KITA NAK LAGI MENGUNDANG BALA ALLAH DI TIMPA BENCANA SAKIT TAK SUDAH.?
PADA HAMZAH HANAT TU,CUKUP2 LAH OTAK SELALU PUTAR NAK SELAMATKAN DIRI,CARI JALAN NAK MUSNAHKAN ORANG LAIN,.SATU MASA ALLAH AKAN BALAS 50 KALI GANDA PERBUATAN ORG2 MACAM KAMU NI,.
PADA UMNO/BN,YAKINLAH BERGERAK SENDIRI JIKA PAS MAHU BERSAMA SAHABAT BARUNYA PPBM/PEJUANG.
PADA DSAZH,JIKA TAK MAMPU PERTAHANKAN PARTI,SILA UNDUR DIRI SECARA HORMAT,BAGI PADA SIAPA YG LAYAK,INSYAALLAH,ADA REZEKI DS BOLEH DI PILIH KEMBALI..UMNO MAKIN TENGGELAM,SEDARLAH,DS GAGAL UNTUK JADI PEMBERANI,SEDANGKAN AKAR UMBI BERSEDIA 100% WAIMA APA PON TERJADI TERMASUK KELUAR DARI PN.NAMPAKNYA DS SEOLAH LEBIH NAK SELAMATKAN DIRI DARI MENJADI HERCULES PADA UMNO..FIKIRLAH,PARTI UMNO/BN MAMPU MENANG,WALAU FITNAH,TOHMAHAN,LEBIH RAMAI YG NAMPAK KEBENARAN,YANG MENGEJI HANYA ORG2 YANG IRI DAN SAKIT MELIHAT UMNO/BN BANGKIT.ABAIKAN MEREKA..
Umno tak akan bangkit selagi berlumuran najis akibat bertuhankan harta dan kedudukan. Pemimpin yang corrupted pun ko ikut selagi perut diisi biar duitnya dari hasil haram
Betul tu…ahli2 UMNO paling benci dgn katak2 lompat ni sebab masa PRU 14, ahli2 UMNO yg bertungkus lumus…bila dia menang atas nama UMNO, dia khianat…tu yg buat UMNO benci mrk ni