Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membidas dakwaan bahawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memansuhkan sistem surat sokongan.

Ahli Parlimen Ketereh itu mendedahkan sepucuk surat sokongan berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu di Tunjong, Kelantan.

“YB Praba Batu (Ketua AMK Wilayah Persekutuan P. Prabakaran) kata masa PH tiada lagi amalan SURAT SOKONGAN…kesian dia kena jual..Ni YB..NOVEMBER 2018 NI KJAAN MANA?” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Surat sokongan yang didedahkan Annuar itu adalah daripada sebuah syarikat bernama PDM Builders Sdn Bhd berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu di Tunjong, Kelantan.

Surat yang pernah tular sebelum ini, tertera tulisan Tun Dr Mahathir Mohmad yang menyebut ‘Menteri Kewangan bahawa projek itu telah diberikan bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta’.

Juga disertakan cop Perdana Menteri Malaysia bertarikh 4 Mac 2019.

Dalam surat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.

Hantaran Annuar ini dilakukan setelah Prabakaran selaku Ketua AMK Wilayah Persekutuan yang menyifatkannya mahu menghidupkan semula tradisi sistem surat sokongan dengan mengemukakannya pada Perdana Menteri untuk projek pembinaan lebuh raya di Kelantan baru-baru ini.

Ia susulan pendedahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menyatakan Annuar mengemukakan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rundingan terus projek pembinaan dan menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (pakej 2C dan 3A) diberikan kepada sebuah syarikat.

Namun Annuar menjelaskan bahawa surat sokongan bukanlah keputusan atau arahan dan ia tidak semestinya diterima pakai. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. level PM layak ler bagi surat sokongan..ko nuar level menteri ja..jgn samakan level mnteri dgn Perdana Menteri..bengongg set2 ameno nih

Comments are closed.