Pemain-pemain Real Madrid meraikan kemenangan selepas mengalahkan Atletico 2-0 dalam liga musim ini.

MADRID – Real Madrid dilihat mampu menghidupkan semula semangat bagi mengejar gelaran La Liga selepas mengalahkan pendahulu, Atletico 2-0 ketika tetangga mereka itu mengalami kekalahan pertama aksi liga musim ini.

Real berjaya menyelamatkan diri dalam Liga Juara-Juara dengan mara ke kelompok 16 terakhir pada pertengahan minggu lalu.

Kini pasukan itu berada di tangga ketiga liga, tiga mata di belakang Atletico.

Malam mengecewakan buat skuad kendalian Diego Simeone yang mengharungi 26 perlawanan tanpa kalah dalam liga sejak Februari lalu, ia membabitkan 17 kemenangan dan sembilan seri.

“Kami mengesahkan peningkatan yang kami tunjukkan dalam banyak bahagian berdepan Sevilla dan Borussia, dan sekali lagi memberikan persembahan baik,” kata jurulatihnya, Zinedine Zidane.

Beliau merujuk kepada kemenangan pasukannya sejak beberapa minggu lalu yang berjaya menukar keadaan.

Real berada di depan selepas 15 minit permainan menerusi tandukan Casemiro sebelum jaringan sendiri Jan Oblak. – MalaysiaGazette