Rokok seludup putih yang aktif di utara semenanjung tumpas dengan tangkapan suspek berusia 33 tahun di Kulim Kedah semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang suspek lelaki warga tempatan disyaki ahli sindiket rokok seludup yang bergiat aktif di Utara Semenanjung ditahan polis dalam satu operasi semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Komisioner Datuk Azri Ahmad berkata, bertindak atas maklumat orang awam, cawangan perisikan dan siasatan khas, Pasukan Gerakan Khas melancarkan satu operasi di kawasan Kulim, Kedah semalam ke atas sindiket rokok seludup yang aktivis di Utara Semenanjung.

Rokok seludup putih yang aktif di utara semenanjung tumpas dengan tangkapan suspek berusia 33 tahun di Kulim Kedah semalam.

“Polis turut merampas 4,470,00 juta batang rokok putih seludup jenama John-DBlend dan John JGI bersama sebuah lori 10 tan jenis Hino dan empat buah tangki air jenis intermediate bulk containers disyaki digunakan untuk menyorok dan menyeludup rokok itu daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

Menurut Azri, suspek direman di IPD Kulim selama empat hari sehingga 17 Disember ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – MalaysiaGazette