Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan membentuk pakatan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka mengadakan sidang media bersama pukul 4 petang ini.

Media dimaklumkan sidang media tersebut akan berlangsung di Yayasan Bukhary di sini.

Bagaimanapun tidak dimaklumkan intipati sebenar yang akan diumumkan oleh kedua-dua pemimpin veteran itu.

Ku Li pada 25 November lalu menyatakan keengganan beliau untuk hadir pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 kerajaan sekarang masih belum disahkan melalui sidang Dewan Rakyat.

“Saya terikat dengan sumpah (ahli Parlimen) yang dilafazkan sebelum ini maka saya tidak boleh mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan,” katanya dalam satu surat kepada Speaker Dewan Rakyat yang tular baru-baru ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menggesa Speaker membenarkan usul tidak percaya yang dikemukakan oleh Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Teruskan TUN dan Kuli… Rakyat menantikan penuh bermakna detik bersejarah.. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian berdua

  2. buat pengumuman sekali menyatakan bahawa saya KU LI meninggalkan UMNO dan ingin menyertai parti PEJUANG dan berikrar bersama sama tun untuk menjatuhkan TSMY dan kerajaan PN.

  3. Bila kedua dua Tua Kutuk ni nak bersara? Rakyat Malaysia menyampah tengok gelagat Tua Kutuk Tak Sedar diri ni…elok kena Covid19 dan mamposs, baru leha rakyat Malaysia!

Comments are closed.