Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan sesuatu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah selepas sidang media khas di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Tengku Razaleigh Hamzah dapat menarik sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong bekas Perdana Menteri itu.

“Saya harap begitulah, dapat tarik sokongan,” katanya ringkas pada sidang media bersama Tengku Razaleigh hari ini.

Tengku Razaliegh yang diajukan soalan yang sama hanya berkata ia mungkin dapat dilakukan.

Menurut beliau, pertemuan dengan Dr Mahathir pada hari ini merupakan langkah awal  untuk memajukan semula ekonomi negara yang terkesan daripada penularan Covid-19.

Kata bekas Menteri Kewangan itu, ketiadaan pelabur telah menyebabkan ketidakstabilan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah beliau, apa yang diperkatakan hari ini bukannya cakap kosong dan mereka akan membantu rakyat bangkit terutama golongan muda yang kehilangan pekerjaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sudah lah kutti ..jgn harap umno lah ..ajak lah anak beranak hang tu undi ..mukris kan ada ..awat hang kena badi umno ker sampai mengigau sebut umno yg hang fitnah dulu .awat hidup hang tak tenang ker . Kasihan kat hang tp meluat tu melebihi..hilang rasa hotmat kat hang..cuma yg ada sbb hang tu tua ja ..syariat ajar hormat yg tua..tp makalu mcm ni sikap hang minta maaf la ..

Comments are closed.