Christopher Herd.

KUALA LUMPUR – Terengganu FC kini memburu khidmat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan selepas selepas berjaya mendapatkan khidmat tujuh pemain tempatan sebelum ini.

Spekulasi bertiup kencang apabila pasukan kendalian Nafuzi Zain itu dikaitkan dengan pemain pertahanan dari Australia, Christopher Herd.

Dia merupakan bekas pemain kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Aston Villa.

Pemain berusia 31 tahun ini juga pernah beraksi bersama beberapa pasukan di negaranya seperti Western Sydney Wanderers dan Perth Glory dan kelab di Asia lain seperti Chennaiyin FC dari India dan Sheikh Russel dari Bangladesh.
Herd turut mempunyai caps bersama skuad kebangsaan Australia, yang mana beliau membuat enam penampilan pada tahun 2014 lalu, dengan penampilan pertamanya  ketika perlawanan persahabatan menentang Belgium. – MAlaysiaGazette