Pegawai Eksekutif Bio Integrasi Sdn Bhd, Datuk Shahrizal Sarip (duduk, tiga kiri) bersama Pengarah Tun Ftd Automobile, Dato Tun Isham Shafiee (duduk,tiga kanan) serta yang lain bergambar kenangan bersama penerima-penerima sumbangan anaf selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf kepada 60 buah keluarga asnaf anjuran bersama Masjid As-Sobirin Lembah Keramat dengan kerjasama Penyumbang Syarikat Korporat dan Individu di Dewan Kecil Orang Ramai (DEKOR) Jalan AU5D, Lembah Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2020.

Kuala Lumpur – Seramai 60 keluarga asnaf menerima bantuan keperluan harian daripada enam syarikat swasta pada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan bersama Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat.

Syarikat Bio Integrasi Sdn. Bhd merupakan penyumbang utama program tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bio Integrasi, Datuk Shahrizal Sarip berkata, beliau dan syarikat-syarikat yang menyertai program ini terharu kerana berpeluang menjayakan program tersebut.

Datuk Shahrizal Sarip

Menurutnya, hampir 150 orang golongan asnaf yang dimaklumkan yang memerlukan bantuan, namun atas faktor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan jumlah penerima perlu dihadkan.

Bagaimanapun, beliau menaruh harapan agar program seumpama itu dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang,

“Saya berharap bantuan yang diberikan tidak berhenti disini sahaja, malah akan terdapat lagi siri-siri bantuan lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Penyerahan Sumbangan golongan asnaf dengan kerjasama Masjid As Sobirin.

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Kecil Orang Ramai (DEKOR) di AU5D.

Menurutnya, golongan asnaf menjadi tumpuan syarikat-syarikat yang menyertai program itu kerana mereka adalah kumpulan paling terjejas akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette