Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf sebagai antara tujuh menteri alam sekitar terbaik di Asia oleh majalah Asia Bussines Info.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diiktiraf sebagai antara tujuh menteri alam sekitar terbaik di Asia oleh majalah Asia Bussines Info.

Selain beliau, Dr. Ir, Siti Nurbaya Bakar dari Indonesia, Masagos Zukifli (Singapura), Prakash Javadeka (India), Issa Kalantari (Iran), Cavid Parker (New Zeland) dan Cho Myung (Korea Selatan) juga dipilih sebagai menteri alam sekitar terbaik oleh majalah yang sama.

Pemilihan Tuan Ibrahim yang mengharumkan nama negara itu sudah tentu menerima pujian ramai.

Bagaimanapun tidak semua memuji Timbalan Presiden Pas itu dan mempertikaikan atas kapasiti apa pemilihan dibuat sedangkan belum sampai setahun Tuan Ibrahim memegang jawatan berkenaan.

Salah seorang yang sinikal ialah pejuang alam sekitar, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

“Tak tau nak kata apa. Nak tanya Dato Sri dah buat apa tentang penjagaan alam sekitar? Makin teruk adalah. Kami NGO nak jumpa pun susah,” kata pemilik resort Tanah Aina itu menerusi Facebooknya hari ini.- MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.