Rakaman video acara resepsi perkahwinan Illi Najwa Saddique dan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab yang cetuskan persoalan.

KUALA LUMPUR – Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang mencetuskan pelbagai persoalan berhubung majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini memohon maaf atas kekhilafannya.

“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” katanya dalam satu kenyataan yang tular di laman sosial sejak semalam.

Malah, Illi turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.

Bagaimanapun, gadis yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019 dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup.

Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

Tegas Illi, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa oleh netizen.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” ujarnya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.

Media India sebelum ini mendakwa Illi berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Rakaman video resepsi perkahwinan mereka tersebar dengan memaparkan Manpreet,mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban.

Manakala Illi memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Dalam resepsi itu, Illi dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya

Mengulas mengenai video resepsi perkahwinannya di India, Illi berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan.

Illi mengakui beliau tidak gembira dengan isu yang mengheret namanya dan suami.

Malah, katanya, Manpreet juga tidak mahu ia berlaku kerana sedar akan akibatnya.

”Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika Manpreet mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. MANUSIA SENTIASA BERDOSA…MOHON AMPUN DAN TAUBAH NASUHA PADA ALLAH…adalah sikap MULIA disisi ALLAH dan Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN dan menerima TAUBAT hamba2nya

  2. Tidak boleh cepat.menghukum. Periksa fakta terkebih dahulu. Banyak sangat orang yang suka menghukum.

  3. Ni baru perpaduan kaum yg sebenar! Sebelum kita satukan rakyat, kita kena satu kan dulu keluarga kita..Syabas kepada anak sedara Menteri Perpaduan Halimah Saddique..kepimpinan melalui teladan nih..

Comments are closed.