Lionel Messi

MADRID – Barcelona terselamat daripada kekalahan selepas Lionel Messi menjaringkan gol penyamaan, sekali gus menyerupai rekod Pele ketika bertemu Valencia dalam perlawanan La Liga awal pagi tadi.

Messi, 33, menanduk masuk hantaran lintang daripada Jordi Alba bagi menyamai kedudukan 2-2 dan ia merupakan jaringan ke 643 buat dirinya.

Pencapaian itu seperti yang pernah dicatatkan oleh Santos, seorang legenda Brazil.

Terdahulu, sepakan penalti yang diambilnya pada separuh masa pertama berjaya diselamatkan.

“Figura ini sangat luar biasa, kami tidak akan mempunyai pemain yang sangat efektif buat kelab.

“Sebab itulah dia adalah nombor satu, apa yang dilakukannya untuk kelab ini sangat luar biasa,” kata jurulatih Barca, Ronald Koeman.

Bagaimanapun, Messi agak sedikit kecewa apabila Barca hanya mencatat keputusan seri untuk berada lapan mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madird yang sebelum itu mengalahkan Elche 3-1.

“Ada satu masa kita berjaya memberikan aksi bola sepak terbaik. kami berjaya menguasai permainan, terutama ketika mendahului 2-1 dan kami cuba untuk menambah gol ketiga namun terdapat juga masa kami kehilangan bola di kawasan bahaya.

“Apa yang merisaukan saya, ada kalanya pasukan tidak tahu mengenai corak yang akan dipamerkan oleh sesebuah pasukan.

“Kami sedar, kami adalah pasukan yang gemar menyerang dan menjaringkan gol tapi ada masanya kita perlu bertahan dan mengawal permainan.

“Bagaimanapun, perlumbaan untuk meraih kejuaraan masih belum berakhir, kami ketinggalan jauh di belakang namun ia adalah musim yang sangat sukar buat semua orang. Dalam tempoh dua bulan, situasinya memang sangat berbeza,” kata Koeman.

Berikut keputusan perlawanan La Liga yang berlangsung awal pagi tadi:-

Atletico Madrid 3 – 1 Elche

Barcelona 2 – 2 Valencia

Levante 2 – 1 Real Sociedad

Osasuna 1 – 3 Villarreal

Sevilla 1 – 1 Valladolid

– MalaysiaGazette