Sebahagian wanita warga asing yang ditahan oleh sepasukan polis dari IPD Cheras di sebuah hotel Bandar Sri Permaisuri.

KUALA LUMPUR – Lapan wanita warga asing yang bekerja sebagai pelacur di sebuah hotel di Bandar Sri Permaisuri di sini ditahan dalam serbuan yang dijalankan tengah malam tadi.

Mereka yang ditahan itu termasuk seorang wanita warga Thailand, seorang Vietnam dan lima Indonesia, yang berumur antara 24 hingga 34 tahun.

Turut ditahan seorang wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pengurus hotel dan pembantunya, 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon dalam kenyataannya berkata, serbuan itu dijalankan pada jam 12.15 tengah malam atas maklumat orang ramai.

Menurutnya, pengurus dan penjaga premis ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan.

Manakala, pelacur warganegara Thailand, Vietnam dan Indonesia yang ditahan turut disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan 6(1)(c)
Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette