Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Beberapa lebuh raya dan laluan keluar dari ibu negara ke utaram timur dan selatan tanah air mengalami kesesakan luar biasa sempena cuti umum Hari Natal dan akhir tahun.

Kesesakan itu semakin ketara menjelang tengah hari tadi.

Arahan kerajaan yang telah membenarkan pergerakan rentas mukim, daerah atau negeri bagi mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dimanfaatkan oleh orang ramai untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan berlaku peningkatan aliran trafik di semua arah mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, peningkatan aliran trafik diunjurkan sekitar 30 hingga 40 peratus berbanding aliran trafik pada hari-hari biasa.

Namun, hari ini terdapat kesesakan luar biasa berlaku di kebanyakan lebuh raya dan laluan keluar dari ibu negara.

Menurut Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), keadaan lebuh raya terkawal antara jam 6 hingga 8 lagi.

Namun, pada jam 8.38 pagi sehingga kini kesesakan lebuh raya kian terasa.

Trafik mulai perlahan arah Utara di Rawang Selatan,Slim River, Hospital Sg.Buloh, Bukit Beruntung, Bidor dan Gua Tempurung.

Peningkatan lalu lintas ini terjadi berikutan orang ramai mula ingin pulang ke kampung halaman.- MalaysiaGazette