Petugas hospital membawa mayat selepas dipercayai jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 APRIL 2020.

Tahun 2020 penuh dengan cabaran di negara ini.

Selain kemelut politik, perubahan kerajaan – Malaysia juga tidak terkecuali dengan impak besar penularan pandemik global, Covid-19.

Lensa bidikan foto MG cuba merangkum sebahagian daripada apa yang berlaku sepanjang tahun 2020 termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan pengebumian Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Anggota Bomba duduk di belakang kenderaan ketika waktu hujan selepas selesai membuat semburan nyah kuman berikutan Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-9 ketika tinjauan lensa Malysia Gazette di Asrama Pekerja Top Glove,Meru, Klang. foto MOHD ADZLAN, 24 NOVEMBER 2020.
Petugas hospital, Dr. Fadhli Suhaimi bersama pembantu perubatannya, Shahrul Nizam Radzuan (kiri) dan Muhd Nurashraf Ahamed (kanan) berpakaian lengkap Powered Air-Purifying Respirator (PAPR) tekun menjalankan rawatan ke atas pesakit Covid-19 yang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2020.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2020
Gelagat penduduk susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 MEI 2020
Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengendali jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 21 MEI 2020.
Petugas Sunway Medical Centre melakukan proses ujian saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir bagi membuat saringan bersasar bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2020
Pelajar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah sedang menunaikan solat Zohor ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 29 OKTOBER 2020
Petugas Kementerian Kesihatan membuat pengumuman selepas tamat sesi pagi untuk pemeriksaan saringan kepada penduduk setempat bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah Flat Pelangi, Damansara. foto MOHD ADZLAN, 22 OKTOBER 2020.
Pekerja melakukan kerja-kerja penghasilan sarung tangan di sebuah kilang yang terletak di Pelabuhan Klang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 24 DISEMBER 2020.
Pelajar, Nur Aleeya Safiyya Shahrul Mizan,15 dan adiknya, Nur Ameena Husna Shahrul Mizan,9 semasa mengikuti sesi pembelajaran atas talian di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Ampang, Selangor. foto AFIQ HAMBALI, 22 OKTOBER 2020
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bercakap kepada media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua kanan) dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (kanan) sebelum menuju ke istana negara bagi membuat perjumpaan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 FEBRUARI 2020.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri), Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (dua kiri) melambaikan tangan kepada para media sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 MAC 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai ke arah petugas media ketika tiba dipejabatnya pada hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2020.
Pengunjung berteduh sementara menunggu pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 MAC 2020.
Sukarelawan, Husni Faiz memperkemas bahagian perisai muka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Prima Saujana, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 MAC 2020.
Anggota Polis bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat pemeriksaan keatas kenderaan walaupun dalam hujan lebat pada sekatan jalan raya Ops Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 27 MAC 2020.
Petugas bomba memakai sut PPE untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan diinfeksi bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Ramal Dalam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 30 MAC 2020.
Seorang lelaki menaiki bas yang kosong berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020.
Dua petugas KKM membuat pemeriksaan wabak Covid-19 keatas orang awam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 MAC 2020.
Gelagat anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa menjaga keselamatan pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza City One, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 APRIL 2020
Gelagat para petugas Kementerian Kesihatan semasa berjalan keluar meredah hujan selepas selesai membuat pemeriksaan serta ujian saringan COVID-19 setiap penghuni Flat Selangor Mansion semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke- 20 berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid India, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 APRIL 2020
Petugas hospital memakai pakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) melakukan kerja-kerja merawat pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 APRIL 2020.
Keadaan Jalan Kuching yang kelihatan begitu lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke- 23 berikutan penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 APRIL 2020
Pemilik Warung, Yuliana Syamsudin, 55 mengikuti Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Segambut Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 APRIL 2020.
Sebuah bas membawa keluar penghuni Flat Selangor Mansion yang dipercayai positif Covid-19 pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masuk hari ke-25 bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 APRIL 2020
Kelihatan Anggota Polis dan Anggota Angkatan Tentera Diraja Malaysia membuat kawalan pada laluan keluar masuk ke arah jalan yang menghubungkan Selangor Mansion, Malayan Mansion dan Jalan Masjid India berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2020
Gelagat penghuni bilik meninjau keadaan luar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette mengenai warga tempatan yang dikurantin sementara selepas pulang dari luar negara susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 di Hotel Impiana, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 APRIL 2020
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat besi bagi mengawal laluan keluar masuk Taman Sri Murni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2020.
Pegawai penjara membuat kawalan keselamatan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020.
Deretan pesawat tidak dapat beroperasi berikutan penerbangan yang telah dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 27 APRIL 2020.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal sekitar kawasan Selayang Baru berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang Baru, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 02 MEI 2020.
Catatan doa kepada pesakit covid-19 yang ditulis penganut agama Buddha semas melakukan upacara keagamaan sempena Hari Wesak yang disambut untuk memperingati kelahiran Gautama Buddha pada hari ke – 4 Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rumah Ibadat Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2020.
Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri menunaikan solat Maghrib dengan mengamalkan penjarakan sosial selepas berbuka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Kebun, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 12 MEI 2020
Jurutera TUDM Unit 22 Skuadron (A400M) memeriksa pesawat Airbus A400M sebelum memulakan penerbangan bagi menghantar bekalan asas ke negeri Sabah dan Sarawak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Shah Alam. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2020.
Petugas hospital, Nik Zulia Asma Mohd Zaki melakukan ujian terhadap sampel cecair saringan orang awam bagi mengesan kes positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2020.
Dua petugas hospital yang berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) membawa mayat pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2020.
Muhammad Hafiz Bahri membacakan khutbah selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama ahli keluarganya sempena sambutan Hari Raya Aidilifitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2020.
Kumpulan RB The Bragas mengenakan pakaian petugas-petugas barisan hadapan bergambar sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka mencegah penularan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Delek, Klang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 MEI 2020.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas hadir ke Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 JUN 2020
Anggota ATM memberi penerangan kepada orang ramai mengenai penutupan masjid susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 JUN 2020.
Para jemaah menunaikan solat jumaat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2020
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan hadir melawat lukisan mural baginda di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam. foto FAREEZ FADZIL, 10 JULAI 2020.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menunjukkan sifar penularan kes tempatan pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 14 JULAI 2020
Suasana dan gelagat murid darjah lima dan enam di hari pertama persekolahan semasa program 1st At School dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 15 JULAI 2020.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyapa penyokongnya sewaktu selepas mendengar keputusan tuduhan pecah amanah pengubahan wang haram RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 JULAI 2020.
Reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjalan keluar dari perkarangan mahkamah selepas selesai kes bagi tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.
Bekas Ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng berjalan keluar selepas mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Mahkamah Butterworth, Pulang Pinang. foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2020.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memeluk isterinya Betty Chew pada sidang media selepas selesai menghadapi pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 ketika di Pusat Khidmat, Bagan, Pulau Pinang. foto MOHD ADZLAN, 11 OGOS 2020.
Petugas melakukan kerja-kerja sanitasi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 29 OGOS 2020
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan Tadika bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Cemerlang Bestari, Kampung Bagiang, Kunak, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2020.
Suasana di kampung atas air yang merupakan salah satu kluster terbaru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Selamat, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 18 SEPTEMBER 2020.
Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa peti undi seawal jam 5.40 pagi sambil dikawal ketat pegawai Polis sebagai persiapan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Agama Negeri Pekan, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2020.
Pengundi, Mindaron Gobou (kanan) dan Siti Jabidah Mikil menunjukkan jari dakwat kekal selepas membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Sekolah Kebangsaan Serusup, Tuaran, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2020.
Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa kotak undi dengan menaiki bot dari Pulau Bum Bum ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi selepas tamat hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Jeti Awam, Semporna, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2020.
Gelagat antara Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Datuk Hajiji Noor (kanan) dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas sidang media mengenai perlantikan Ketua Menteri Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2020.
Penumpang dari Sabah yang menjalani ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2020.
Kelihatan dua orang kanak-kanak meluangkan masa memancing pada waktu petang semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Puchong Prima, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 10 OKTOBER 2020
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan pada sidang media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan mempunyai bilangan majoriti ahli parlimen di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2020.
Anggota Polis Bantuan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Nabilla Isnariah Mohd Jonib bersama rakannya Muhammad Amir Nor Asri melakukan rondaan di dalam gerabak dan sekitar platform menggunakan smart helmet untuk mengesan suhu badan pengguna perkhidmatan awam Kereta Api Tanah Melayu (KTM) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). foto AFIQ HAMBALI, 14 OKTOBER 2020.
Salah satu kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur yang kebiasaannya sesak dengan kehadiran pengunjung pada hari minggu kini bertukar lengang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 sehingga 27 Oktober depan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 OKTOBER 2020.
Sebahagian daripada petugas melakukan sanitasi di luar premis kementerian bagi membendung penularan wabak Covid 19 pada Program Sanitasi di Presint 4, Putrajaya. foto AFIQ HAMBALI, 19 OKTOBER 2020
Seorang penumpang dilihat menaiki tren dengan memakai pelindung muka sambil membaca akhbar selepas Prasarana mengurangkan kekerapan tren LRT, MRT, Monorel mulai 26 Oktober sehingga berakhir arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran penurunan besar aliran penumpang akibat PKPB ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 27 OKTOBER 2020.
Peniaga, Ikram menjual jeruk mangga semasa lampu isyarat merah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak Covid-19 di Jalan Ampang, Ampang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 OKTOBER 2020.
Anggota Bomba melakukan operasi sanitasi di sekitar pasar susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika di Pasar Seri Setia, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN, 21 OKTOBER 2020.
Petugas Kementerian Kesihatan membawa seorang penghuni yang masih belum membuat pemeriksaan saringan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah Flat Pelangi, Damansara. foto MOHD ADZLAN, 22 OKTOBER 2020.
Seorang penduduk, Salbiah Said membersihkan kawasan rumahnya berikutan banjir kilat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 04 NOVEMBER 2020.
Gelagat salah seorang anak lelaki Senthamarai, Dhivatan merehatkan diri di atas sofa yang usang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Kilang Papan, Hulu Bernam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2020.
Seorang penganut Hindu lengkap memakai pelitup hidung dan mulut melakukan upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Deepavali ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 NOVEMBER 2020.
Anak mangsa, Farhan Hasif Mohd Irfan Fikri tidak dapat menahan sebak semasa majlis pengebumian bapanya yang terkorban dalam nahas helikopter di Tanah Perkuburan Islam USJ, Subang Jaya. foto AFIQ HAMBALI, 09 NOVEMBER 2020
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri setelah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di asrama Kilang Top Glove, Meru, Klang. foto MOHD ADZLAN, 17 NOVEMBER 2020.
Mak Wan berbual sesuatu dengan jirannya selepas selesai tugasnya di Warung Makan Sahabat ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Chow Kit. foto AFIQ HAMBALI, 19 NOVEMBER 2020
Seorang peserta semasa menjalani proses berkhatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti sekolah pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Batu 10 Jalan Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2020.
Pemandu teksi, Nik Li Mohd Aluwi, 45, kelihatan termenung semasa menjalankan perniagaan air minuman di bahu jalan selepas pendapatan sebagai pemandu teksi terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen MRT Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 06 DISEMBER 2020.
Petugas kesihatan Klinik Ajwa melakukan ujian saringan covid – 19 orang awam dengan berlatarbelakangkan lukisan mural barisan hadapan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 10 DISEMBER 2020.
Santa Claus menggunakan cermin penghalang semasa bersama pengunjung bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sempena sambutan perayaan Krismas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah pusat beli belah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 DISEMBER 2020.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) semasa Istiadat Pengebumian Negara ibunya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 DISEMBER 2020.
Pekerja menghiasi pokok krismas sebagai persediaan menyambut perayaan Hari Natal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gereja Tamil Methodist, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 DISEMBER 2020.
Antara sampah sarap yang dibuang di sekitar kilang ketika Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Tenaga Kerja Pelabuhan Klang melakukan operasi serbuan di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di sekitar Pelabuhan Klang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 24 DISEMBER 2020.