Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke majlis peluncuran dan wacana buku 100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008 - 2011 karya Datuk Che Shamsudin Othman @ Dinsman di Institut Darul Ehsan, Seksyen 15, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 29 DISEMBER 2020.

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) sedia menerima mana-mana pihak untuk bekerjasama bagi membentuk pakatan besar politik selagi mana mematuhi prinsip dan hala tuju gagasan itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun memberi amaran pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang ingin bersama PH, tetapi membawa agenda peribadi.

“Itu saya serah kepada PH, siapa pun kita boleh undang tapi patuh kepada prinsip bukan bawa agenda peribadi dan meneruskan kebobrokan lama.

“Sesiapa saja yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam kepimpinan.

“Tak kisah Anwar atau siapa saja, dari mana-mana parti pun mesti komited untuk melaksanakan reformasi, tadbir urus baik, memerangi rasuah dan tidak pertahankan keluarga sendiri dan kroni, mengayakan mereka dengan mandat rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 10 Disember lalu, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan gabungan politik baharu itu bertujuan mewujudkan kestabilan politik yang kukuh selain mencerminkan keupayaan untuk terus mentadbir negara.

Dalam pada itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat tujuan penubuhan gabungan politik baharu itu perlu mempunyai matlamat yang jelas kerana negara tidak memerlukan penubuhan gabungan atas gabungan politik lain. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PH gagal tunjuk kesungguhan banteras rasuah, kata Anwar
    Haspaizi Zain

    Diterbitkan Hari ini 4:48 pm
    1
    Gabungan besar tidak bermakna selagi pemimpin kerajaan terus mengulangi kerosakan yang lalu, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim.

    Katanya, kerajaan PH sebelum ini gagal menunjukkan kepada rakyat kesungguhan mereka untuk membanteras rasuah selepas diberi peluang 22 bulan mentadbir Putrajaya di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

    Menurut Anwar, PH ketika itu hanya lantang mengkritik pentadbiran BN berhubung isu 1MDB, serta rasuah membabitkan pemimpin Umno.

    “Sebaliknya mengambil sikap berlembut bila mana ia melibatkan pemimpin sendiri…mengaku juga akhirnya P akatan H ancing P unah H arapan.

Comments are closed.