Marcus Rashford.

LONDON – Jaringan lewat permainan oleh Marcus Rashford pada minit ke-93 membantu Manchester United menewaskan Wolves 1-0 awal pagi sekaligus membawa kelab itu ke kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada perlawann itu, United bernasib baik untuk mengumpul tiga mata penuh berdepan skuad muda Wolves yang kembali beraksi hanya 48 jam selepas bertarung dengan Tottenham Hotspur.

United akhirnya mengakhiri kebuntuan jaringan apabula sepakan Rashford terkena Romain Saiss dan menerjah gawang pada minit-minit akhir saingan.

“Ini adalah keputusan yang tepat walaypun tidak beraksi baik namu anda masih menang,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

Sementara itu, kebimbangan mengenai penularan wabak Covid-19 apabila seramai lapan ujian positif dicatatkan dalam kalangan pemain dan kakitangan pada pusingan kali ini.

The Telegraph melaporkan pengurusan EPL sedang berbincang mengenai perancangan untuk berehat selama dua minggu ketika tahap penularan semakin membimbangkan di seluruh England.

“Saya tidak yakin dengan merehatkan kejohanan akan mendatangkan perbezaan,” kata Solskjaer dengan skuadnya kini mampu mencabar gelaran selepas permulaan perlahan musim ini. – MalaysiaGazette